
hey guyss .... dah lama kot dyla tak update kan ? haha agak agak dah berapa bulan hentah ? pheww .. Btw , tipulah kalau dyla tak rindukan blog kan ? kalau bukan twitter , blog lah tempat dyla emmmm GOSSIP !!! cehhh ;P so , today dyla nk story sikit al-kisah seorang perempuan yg terlalu lurus iaitu " Rosalinda " ( bukan nama sebenar ) dan seorang lelaki yg pandai berayat " Romeo " ( bukan nama sebenar )
Sekian lama Rosalinda berjanda dalam percintaan dan dalam masa yang sama dia sudah give up dengan kaum adam yang selalu memainkan perasaan hati wanita ni . Dalam berapa bulan rosalinda " single " , dia selalu main internet utk hilangkan boring dia waktu2 lapang . kalau bukan twitter tempat rosalinda jejak , mungkin instagram tempat dia stalk gambar2 yang ada . Bila dah sering stalk ni , rosalinda ter-stalk and selalu stalk instagram romeo . Bila dah selalu jadi stalker , ada kemungkinan hati dia sudah berbunga . Rosalinda sudah pun jatuh cinta dengan romeo masa itu , dia malu meluahkan , tapi ... dia hanya mampu komen sahaja gambar2 romeo dalam instagram ..
Satu hari tu , Rosalinda dapat tweet gambar "tutti frutti" daripada romeo . Bahagianya dia masa tu :') dalam masa yang sama , dia dapat Direct message jugak daripada romeo . Mulanya perkenalan mereka , lalu nombor masing2 saling tukar each other . Malam itu , rosalinda dapat whatsapp dari romeo . Bila mereka saling berkenalan antara satu sama lain , dan perkenalan mereka mula rapat . Bila rapat , timbul lah perasaan suka :') Romeo telah usha rosalinda malam tu , dalam perasaan suka rosalinda mula ragu2 utk menerima beliau tapi dia hanya berfikir yg romeo mungkin hanya mengajakkan dia hanya sebagai skandal . Dengan itu usha romeo telah di terima . kuiikuiikuii ...
Perasaan rosalinda yang mulanya hanya tidak kisah dgn romeo , telah berubah ke sayang dgn harapan yg romeo selalu ungkapan bila mereka " dating " . Dari sehari ke sehari , rosalinda hanya berserah agar kekasihnya kali ini lebih ikhlas dan serious dengan dia . Tapi bila satu salah faham telah berlaku dalam relationship mereka yang sudah berbulan , telah berubahkan sikap romeo yang romatik , sweet , selalu ada dengan dia , dan sikap manja dia yg selalu ada dgn rosalinda .
Bila relationship mereka menjelang ke 3BULAN ..... rosalinda yang bersemangat menunggu jam 12am hanya untuk wish monthsary mereka . Tapi , malangnya .. Romeo tidak berkata apa seperti biasanya yg selalu melukis sesuatu utk rosalinda , dan bagikan ayat yang sweet lagi bermakna untuk rosalinda . Tapi dengan tabahnya rosalinda ketika itu hanya bersabar dan sentiasa mencari fikiran yg positive dkt romeo . Walau bagaimana pun , rosalinda sudah sering kali bersabar dan sentiasa mengalah bila sering kali bergaduh . Bukan apa , rosalinda hanya inginkan hubungan yang lama dan bukan disebabkan ego dia kehilangan orang yg tersayang . Tabahnya hati kaum hawa wahai kaum adam :")
Dalam keadaan yang hujan lagi lebat , diorang ada date lagi . Disebabkan lama tidak berjumpa , romeo telah menjemput rosalinda dari rumahnya sampailah ke destinasinya . Malam tu , rosalinda hanya temankan romeonya tengok bola bersama rakan2 romeo . Tiba2 tergerak hati rosalinda stalkkan telefon romeo . Bila telefon sudah ada ditangan beliau , rosalinda hanya terkejut bila ternampak gambar romeo dengan perempuan lain :') Sedih atau tak , rosalinda hanya simpankan air matanya sehingga pura2 ke toilet dan lepaskan semuanya dalam tu . Tetapi semarah mana pun hati perempuan , bila orang tersayang memujuknya dengan manja , yang marah boleh jadi cair bukan ? lembutnya hati seorang perempuan ini Ya Allah :')
Sebulan kemudian .... Bila mereka yang sudah lama tidak berjumpa disebabkan masing2 yang selalu busy dengan hal hal tertentu dan dalam masa yang sama mereka sering kali bergaduh sehinggakan romeo yang memaki rosalinda pun rosalinda masih lagi bersabar . Mungkin romeo terlalu dingin sehinggakan tidak boleh kawal dengan kesabaran sendiri :') Tetapi setipu mana pon seorang lelaki dekat perempuan yang benar2 ikhlas dengan nya , mereka dapat rasakan sesuatu yg berlaku . Ya atau tidak , romeo telah curang dengan seorang gadis yg bernama " Julia " ( bukan nama sebenar ) percaya lagi atau tidak , Tuhan yg selalu tunjukkan kebernaran yg datang utk rosalinda tetapi malangnya dia masih lagi percaya akan romeo :)

Satu hari ... kawan kawan rosalinda telah menasihati rosalinda dengan memaki yang " kau ni bodoh rosalinda" Rosalinda bagaikan dengar dari telinga kanan dan keluar dari telinga kiri . Tipulah kalau rosalinda tidak rasakan pahit sedih dan semuanya . Rosalinda yang telah give up dengan romeo telah mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki untuk berpisah . Tapi romeo ingatkan balik memori2 dia dan ungkap janjinya dengan rosalinda . Beberapa minit kemudian , dia telah dapat call dari seseorang dan ternyata julia telah call dan ceritakan kesemuanya dengan rosalinda . Rosalinda yang hanya kaku lagi shock hanya mampu mengalirkan air matanya dan bercakap seolah2 dia okay :') Saat itu , telah terbukti bahawa rosalinda sudah ditipu oleh seseorang lelaki yang dia anggap seperti hero heart dia :') tapi sayang , kepercayaan dia telah dihampakn dgn mudahnya . Romeo yang sudah salah masih lagi berlagak seperti tiada apa apa seolah2 dia difitnah :') Tapi sayang sekali , bukti bukti yang julia hantarkan kpd rosalinda sudah terbukti yang romeo hanya gunakan dia utk masa boring dia sahaja :')
Rosalinda hanya terfikir bahawa apa tidak cukup bila dia sudah sering kali pertahankan hidup2 relationship dia dengan romeo sampaikan dia sanggup ketepikan egonya demi romeo tapi sayangnya romeo hanya dapat balas dengan curang dgn seorang gadis yang lain . Dengan rela atau tidak , Rosalinda meminta romeo pergi jauh dari hidupnya walaupun hatinya sangat sakit utk biarkan org yg dia sayang pergi tinggalkan dia seorang diri :') Mungkin kalau bukan dengan kita , mungkin dia akan rasakan semua ini dgn org yg boleh celikkan matanya supaya hargai seorang perempuan :') Tabahnya kamu wahai rosalinda :')

lots of love : dyla xoxo :*













.jpg)
